Kerana tindakan pelancong tersebut telah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.
Gambar tersebut telah diambil pada 30 Mei lalu dimana ia menunjukkan sekumpulan pelancong lelaki dan perempuan serenta telah bertelanjang bulat di puncak tertinggi di Asia Tenggara itu dengan alasan 'membuang air kecil'.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS) Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood berkata, pihaknya telah menjalankan sisatan berkaitan kejadian ini.
"Sikap pendaki ini menunjukkan perbuatan tidak menghormati kepercayaan segelintir masyarakat tempatan yang beranggapan gunung ini sebagai tempat suci mereka.
"Setiap pendaki juga sudah diberitahu mengenai perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan ketika mendaki gunung ini." katanya dipetik Harian Metro.
0 Response to "Biadap, Pelancong Asing Muatnaik Gambar Telanjang Bulat Di Atas Puncak Kinabalu"
Post a Comment