(3 Gambar) Wajah Suspek Bunuh Nursyuhada Johari Didedahkan


Suspek lelaki yang mengelar leher penuntut perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang semalam, ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.
Lelaki yang dikenali sebagai Syarafi Abu, berusia 25 tahun itu bekerja sebagai tukang masak di Melaka.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, mangsa Nursyuhada Johari, 20, bersama teman lelakinya itu, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan.
Pasangan tersebut dikatakan bertengkar di dalam kenderaan sebelum kereta itu berhenti dan mangsa kemudian keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas jalan.
Suspek kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan sebelum melarikan diri ke hutan berhampiran, namun orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis.
Nursyuhada disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar kira-kira 2 petang.

0 Response to "(3 Gambar) Wajah Suspek Bunuh Nursyuhada Johari Didedahkan"

Post a Comment