Luangkan Masa Anda Membaca Artikel Ni ‘Bantulah anak saya’

Kuala Lumpur: “Saat Muhammad Farrell Ziqri diletakkan di dada saya selepas dilahirkan, naluri ibu kuat mengatakan seperti ada sesuatu yang tidak kena,” kata ibu Farrell, Iera Kuzalina Adam, 23.
Iera diselubungi keresahan selepas mendapati anaknya yang baru berusia 25 hari, mengalami masalah saluran arteri terbalik dan menghidap jantung berlubang selepas dilahirkan.
Iera berkata, selepas dua hari anaknya dilahirkan pada 10 Januari lalu, dia merasakan degupan jantung anaknya laju berbanding bayi lain.
"Namun, tidak sangka bahawa anak memerlukan RM60,000 untuk pembedahan segera bagi membetulkan injap jantung berikutan keadaannya yang sangat kritikal," katanya ketika ditemui, di Hospital Gleneagles, di sini, hari ini.
Sebarang sumbangan boleh disalurkan menerusi cek atas nama Media Prima-NSTP Humanitarian Fund dengan menulis nama pesakit di belakang cek dan hantar ke Unit Sumbangan, Jabatan Kumpulan Komunikasi Korporat, Media Prima Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Dapatkan akhbar Harian Metro 5 Februari 2015 untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 7:45 PM

0 Response to "Luangkan Masa Anda Membaca Artikel Ni ‘Bantulah anak saya’"

Post a Comment