Foto Aib Sedang Tidur Dirakam Dan Disebar Mencetuskan Kekecohan Rakyat Malaysia !


GAMBAR HIASAN

Georgetown: Dua anggota polis yang gambar mereka tidur dirakam dan disebar di laman sosial ketika bertugas di kaunter pertanyaan Balai Polis Komuniti Mak Mandin di Seberang Perai Utara (SPU) ditukar ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah SPU, berkuatkuasa serta-merta.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, susulan daripada penyebaran gambar mereka di laman sosial, pihaknya sudah membuka kertas siasatan tatatertib berhubung perkara berkenaan untuk tindakan disiplin.

"Jika didapati bersalah, tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka. Saya memandang serius perkara ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mengelak perkara sama berulang.

"Sementara menunggu keputusan tindakan disiplin, anggota terlibat diarahkan bertukar dalam tempoh 24 jam ke Bilik Gerakan IPD SPU," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Terdahulu, gambar dua anggota berkenaan terlena di kaunter pertanyaan tersebar meluas di laman sosial dan blog, sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila gambar berkenaan dirakam serta siapa yang merakamnya.

0 Response to "Foto Aib Sedang Tidur Dirakam Dan Disebar Mencetuskan Kekecohan Rakyat Malaysia !"

Post a Comment